HEADLINES

3 pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI bersih, tidak terlibat aktiviti keganasan: Saifuddin

Berdasarkan kepada semakan dan rekod polis menunjukkan mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan

2:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini yang disenaraikan dalam Terrorist Screening Center atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) adalah bersih.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia berdasarkan kepada semakan dan rekod polis, yang menunjukkan bahawa mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan.

Menurut Saifuddin, perkara itu perlu diberikan penegasan kerana sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia mempunyai agensi yang bertanggungjawab serta mempunyai rekod kompeten dalam membuat tapisan.

Dalam penegasan ini penting, jelasnya sebagai sebuah negara berdaulat, ada agensi bertanggungjawab dan ada rekod kompeten dalam membuat tapisan.

Tambahnya, tiga pemimpin berkenaan adalah daripada NGO yang terlibat dengan Ops Ihsan, iaitu satu inisiatif bagi membantu penduduk Gaza dan disokong oleh kerajaan.

“Seramai 359 orang daripada 53 NGO terlibat dalam Ops Ihsan, dan tentunya kita akan membuat semakan dan rekod polis menunjukkan tiada yang terlibat dalam isu keganasan.

“Hal ini perlu diberikan penegasan kerana negara kita adalah sebuah negara berdaulat dan merdeka,’’ katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Susulan itu, Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza. – 21 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related