HEADLINES

Lelaki dakwa keturunan Rasullah keluar masuk Malaysia guna pas sosial: Saifuddin

Polis bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri bagi memantau aktiviti keagamaan Mawla

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan seorang lelaki warga Maghribi dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’, keluar masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pas tersebut membolehkan ‘Mawla Amin’ atau nama sebenarnya Mohamed Amin Ouradj berada di dalam negara selama 90 hari.

“Individu terbabit keluar masuk dalam negara dan membina pengaruh dia, mendapatkan pengikut dia kerana standing point dia nasab keturunan Rasulullah, nasab ke-38.

“Sebenarnya dalam rekod kita, dia adalah warga Algeria. Dia travel menggunakan pasport antrabangsa Perancis,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, polis kini sedang bekerjasama dengan pihak jabatan agama Islam negeri bagi memantau aktiviti keagamaan dianjurkan Mohamed Amin bersama pengikutnya.

“Setakat ini, ada dua perkara berbangkit. Kalau aktiviti dia bersifat keagamaan dan kalau ada elemen pelanggaran terhadap apa-apa undang-undang atau enakmen negeri, jadi pihak polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa (agama) negeri untuk mengambil tindakan yang sesuai.

“Jadi yang kita lakukan sekarang adalah meneruskan pemantauan. Kalau ada elemen yang menjejas, mengancam keselamatan ketenteraman awam membabitkan aktiviti individu ini dan pengikutnya, ini di bawah bidang kuasa pemantauan polis,” katanya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya aktiviti ‘Mawla Mohamed Amin’ terdapat pelanggaran terhadap apa-apa undang-undang atau enakmen negeri, pihak polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa (agama) untuk mengambil tindakan. – Azim Rahman/Scoop, 21 Februari, 2024

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau pergerakan Mohamed Amin dan pengikutnya.

Ia susulan laporan media yang mendakwa seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mohamed Amin, mengutip dana awam secara tidak sah, selain cuba mewujudkan satu perkampungan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Menurutnya, hasil maklumat diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah yang agak besar iaitu 11 hektar, sedangkan pengikutnya bukan dalam kalangan orang yang berada, namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.

“Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mohamed Amin terbabit bersama pengikutnya.

“Madrasah terbabit juga apa yang diketahui membeli tanah di Melaka hasil kutipan dana daripada pengikutnya dan orang ramai bagi membina perkampungan,” katanya.

Tanah milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka itu dibeli baru-baru ini dan dikatakan, akan menjadi penempatan individu dari luar yang diangkat sebagai Imam Mahdi. – 21 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related