HEADLINES

Lelaki dipenjara, denda guna kad pengenalan palsu kerja sebagai guru sejak 29 tahun lalu

Majistret Nur Asyraf Zolhani menjatuhkan hukuman itu terhadap Ridal Abdul Kadir selepas tertuduh mengaku bersalah

2:35 PM MYT

 

KENINGAU – Seorang lelaki dipenjara 10 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Tenom dekat sini, sejak 29 tahun lalu.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menjatuhkan hukuman itu terhadap Ridal Abdul Kadir, 53, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Ridal diarah menjalani hukuman berkenaan dari tarikh tangkap pada 29 Jan lepas dan sekiranya gagal membayar denda akan dikenakan penjara tambahan selama enam bulan. Tertuduh membayar denda berkenaan. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 11.30 pagi, 29 Jan lepas satu pemeriksaan dokumen telah dijalankan di kawasan letak kenderaan, kuarters guru sekolah berkenaan sebelum tertuduh ditahan kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu bernombor 700711-12-5369 atas nama Ridal Bin Abdul Kadir.

Semakan lanjut dibuat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati tertuduh disyaki menggunakan kad pengenalan bertaraf warganegara yang palsu dengan nombor dan nama tersebut untuk bekerja sebagai guru di sekolah itu.

Semakan rekod mendapati kad pengenalan dengan nombor dan nama sama pernah dikeluarkan oleh JPN, bagaimanapun dengan taraf Pemastautin Sementara.

Semakan juga mendapati tertuduh memiliki Dokumen Pengenalan Sementara dengan nombor serta nama sama dan Daftar Kelahiran bertaraf bukan warganegara sebagai dokumen pengenalan dirinya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa JPN Mohd Naser Mohd Naser Mohd Nadzeri memohon agar hukuman dalam bentuk pencegahan dikenakan kepada tertuduh.

Beliau berkata hukuman dipohon itu adalah mengambil kira kepentingan awam dan keadilan sosial, selain memiliki dokumen pengenalan diri palsu sebagai dokumen pengenalan diri adalah suatu tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab.

Peguam yang mewakili Ridal, Korventt Wheezar pula meminta hukuman ke atas tertuduh diringankan kerana sepanjang 29 tahun mengajar di sekolah itu tertuduh tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah dan sentiasa berkelakuan baik, selain mengaku salah dalam kes berkenaan. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related