HEADLINES

2 anggota polis cedera, MPV terbabas langgar objek dibaling dari kenderaan suspek

Suspek bagaimanapun masih lolos dan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan

4:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda (MPV) dinaiki mereka terbabas ketika mengejar kenderaan mencurigakan di Kilometer 215 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) dekat Taiping, Perak, Isnin lalu.

Kedua-duanya masing-masing berpangkat koperal dan lans koperal terbabit kemalangan apabila MPV jenis Honda Civic dinaiki mereka melanggar objek besi dipercayai dilempar daripada kenderaan Toyota Hilux dinaiki suspek.

Dalam kejadian 6.50 pagi itu, dua anggota polis yang masing-masing berusia 38 dan 29 tahun itu menerima arahan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Taiping untuk membantu lima lagi MPV polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Ipoh yang sedang mengejar kenderaan suspek.

Sebaik sahaja memasuki Plaza Tol Changkat Jering (arah Utara), dua anggota polis itu terserempak dengan kenderaan suspek dan turut mengejarnya bersama lima MPV lain.

Dalam kejadian itu, MPV dinaiki dua anggota polis itu memberi amaran sebanyak tiga kali menggunakan pembesar suara namun kenderaan suspek tidak mengendahkannya.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, MPV dinaiki dua anggota polis tersebut memberi amaran sebanyak tiga kali menggunakan pembesar suara namun kenderaan suspek tidak mengendahkannya. – Gambar ihsan PDRM, 23 Februari, 2024

Bagaimanapun, secara tiba-tiba satu objek besi dilempar keluar dari kenderaan suspek lalu mengenai bahagian bawah MPV dinaiki dua anggota polis terbabit.

Akibatnya, kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri laluan dan melanggar penghadang jalan.

Seorang anggota polis mengalami luka di kepala serta calar di kaki manakala rakannya sakit di bahagian dada, tengkuk selain kecederaan kecil di tangan kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Scoop mengesahkan kejadian tersebut.

Mohd Yusri berkata, suspek masih lolos dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

Katanya, siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan. – 23 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related