HEADLINES

PM ajak umat Islam bermunajat, doa untuk rakyat Palestin di malam Nisfu Syaaban

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengajak seluruh umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat

8:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat serta memperkukuh elemen kerohanian dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam ini, yang merupakan malam Nisfu Syaaban.

“Ini juga menandakan semakin dekatnya kita dengan Ramadan Al-Mubarak. Persiapan kerohanian dan amalan yang istiqamah akan membantu kita menjalani tarbiyah Ramadan kelak dengan penuh keberkatan,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Anwar turut menyarankan agar pada malam Nisfu Syaaban malam ini, umat Islam bermunajat dengan sepenuh hati dan mendoakan rakyat Palestin yang kini terus diserang tanpa belas kasihan diangkat martabat dan maruah mereka.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Nisfu Syaaban, iaitu hari ke-15 atau pertengahan bulan Syaaban merupakan antara hari yang dimuliakan Allah dan umat Islam digalakkan melakukan pelbagai ibadah seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar pada malamnya dan berpuasa pada siangnya. – 24 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related