◉ HEADLINES

Perdana Menteri Palestin letak jawatan susulan desakan daripada beberapa negara

Shtayyeh yang berkhidmat sejak 2005 itu akan terus berkhidmat sebagai ketua kerajaan sementara

7:30 PM MYT

 

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, menyerahkan surat peletakan jawatannya di Ramallah pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut penyiar Watan TV yang memetik pegawai kerajaan, peletakan jawatan terbabit dikatakan susulan tekanan yang diterima daripada beberapa negara.

Peletakan jawatan Shtayyeh turut dilihat sebagai usaha untuk merintis jalan kepada matlamat penyelesaian dua negara walaupun berdepan pelbagai halangan.

Shtayyeh yang berkhidmat sejak 2005 itu akan terus berkhidmat sebagai ketua kerajaan sementara.

Pembentukan kerajaan baharu dijangka mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related