HEADLINES

Starbucks dakwa pekerjanya diserang, vandalisme di beberapa cawangan akibat maklumat salah

Dalam hantaran Instagramnya, Starbuck Malaysia berkata ia tidak mempunyai agenda politik serta menyokong inisiatif yang meningkatkan komuniti tempatan

10:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Starbuck Malaysia mendakwa penularan maklumat yang salah telah membawa kepada keganasan dan vandalisme di beberapa cawangan serta serangan terhadap pekerjanya.

Dalam hantaran di Instagramnya bertajuk ‘Truth Matters’, ia berkata terdapat lebih 5,000 pekerja di 400 cawangan di seluruh negara dengan tenaga kerjanya terdiri daripada rakyat Malaysia termasuk individu kurang upaya.

“Kami tidak mempunyai agenda politik.

“Kami menyokong inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan komuniti tempatan, bagi menunjukkan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial dan pembangunan sosial,’’ katanya.

Tambahnya, ia turut merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada mereka yang terkorban, tercedera, kehilangan tempat tinggal dan terjejas berikutan keganasan dan kebencian terhadap mereka yang tidak berdosa.

Tanpa menyebut mana-mana kejadian, Starbucks berkata:

“Doa kami sentiasa bersama anda dan seluruh dunia.’’

Dalam kenyataan itu, Starbucks juga memaklumkan ia telah berada di Timur Tengah selama lebih 20 tahun dan dengan rakan kongsi tempatan Alshaya Group, ia mempunyai hampir 2,000 cawangan di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara.

“Ketika ini di wilayah tersebut, kami hanya memiliki cawangan di Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Lubnan, Magribi, Oman. Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu,’’ katanya.

Pada 21 Februari lalu, Berjaya Food Berhad (BFood), pemilik francais tempatan rangkaian makanan dan minuman popular Starbucks memaklumkan, memperoleh pendapatan lebih rendah sebanyak RM182.55 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember tahun lalu.

Ia berbanding pendapatan sebanyak RM295.32 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya.
Syarikat itu mengaitkan pengurangan pendapatan berkenaan terutama kepada boikot berterusan yang dikaitkan dengan konflik Asia Barat, sekali gus memberikan kesan kepada sentimen pengguna. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related