◉ HEADLINES

Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntuan balas

Hakim turut mengarahkan peguam veteran itu agar membayar kos sebanyak RM10,000

8:00 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan beliau memfailkan tuntutan balas berhubung tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya beliau membayar cukai pendapatan tertunggak berjumlah RM9.41 juta.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee adalah tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.

Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong, turut mengarahkan peguam veteran itu agar membayar kos sebanyak RM10,000.

Muhammad Shafee diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wee Yeong Kang manakala peguam kanan LHDN Norhisham Ahmad, Al-Hummidallah Idrus, Norzilah N Hamod@Abdul Hamid dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause hadir bagi pihak LHDN.

Sementara itu, Rajan memaklumkan pemberita bahawa anak guamnya bebas memfailkan saman baharu.

Pada 13 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Muhammad Shafee untuk memperoleh kebenaran memfailkan tuntutan balas selepas mendapati ia bukan berpunca daripada tuntutan cukai sebaliknya tindakan mala fide oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara yang tidak termasuk dalam skop ditetapkan oleh peraturan yang melarang tuntutan balas.

Pada 21 Disember tahun lepas, Muhammad Shafee diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM5.5 juta kepada LHDN selepas membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap peguam itu.

LHDN, yang memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021, mendakwa peguam tersebut gagal menjelaskan keseluruhan tunggakan cukai pendapatan yang dikenakan ke atasnya berjumlah RM9,414,708.32 bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related