HEADLINES

Pempengaruh dari China dikecam, kutuk makanan Malaysia tak sedap ‘hampir mati kelaparan tepi jalan’

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mengadu kerana kebanyakan yang ditemuinya di Semporna tidak boleh bertutur dalam Mandarin

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Seorang pempengaruh media sosial dari China telah dikecam selepas mendakwa makanan di negara ini tidak sedap hingga dia ‘hampir mati kelaparan kat tepi jalan’.

Dalam klip video yang tukar, wanita itu pada mulanya makan di sebuah restoran lauk campur namun lauk yang dihidangkan, katanya tidak boleh dimakan kerana tidak sedap.

“Akhirnya jumpa juga satu restoran Cina. Bagi satu nasi ayam secret recipe.

“Aduh Nampak cair semacam je tak lalu lah nak makan. Ni sos apa ntah, tengok je buat saya tak ada selera,’’ katanya yang memuat naik video berkenaan di akaun Douyin, atau platform yang sama seperti Twitter.

Dia turut memuat mimik muka mempersendakan makanan tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mengadu kerana kebanyakan yang ditemuinya di Semporna tidak boleh bertutur dalam Mandarin.

“Dari semalam turun flight, sampai sekarang baru jumpa 3-4 orang Cina, tapi selebihnya ‘I don’t speak Chinese’,’’ katanya.

Susulan itu, ramai rakyat Malaysia yang menyelar wanita itu kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengembara.

“Kalau tak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris, janganlah mengembara sendirian, sepatutnya ikut kumpulan pelancong,’’ kata salah seorang netizen.

“Seorang lagi pelancong bodoh mengadu mengenai orang di Semporna tak cakap Cina. Guna aplikasi terjemahan la,’’ kata yang lain.

“Orang di Semporna boleh bercakap dialek sendiri, Bahasa Melayu dan English. Dia ni asas English pun tak boleh cakap,’’ kata Anna Hadi. – 1 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related