◉ HEADLINES

Lebih 100 penduduk Palestin maut ditembak Israel ketika tunggu bantuan makanan

Futej rakaman menunjukkan puluhan mayat rakyat Palestin terkorban dan dibawa menaiki lori kerana tiada ambulans yang boleh sampai ke kawasan itu

11:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 100 penduduk Palestin dilaporkan terkorban selepas ditembak tentera rejim melepaskan tembakan ketika mereka menunggu bantuan makanan di bandar Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan 750 orang mengalami kecederaan dalam tindakan ganas tanpa perikemanusiaan oleh rejim Zionis.

“Serangan itu merupakan sebahagian daripada ‘pembunuhan besar-besaran’ yang dijalankan Israel,’’ kata kementerian tersebut yang terus mendesak masyarakat antarabangsa untuk masuk campur dengan segera.

Ia termasuk melaksanakan gencatan senjata yang dilihat sebagai ‘hanya jalan untuk melindungi orang awam’, demikian lapor Al-Jazeera yang mengesahkan futej rakaman yang menunjukkan puluhan mayat rakyat Palestin terkorban dan dibawa menaiki lori kerana tiada ambulans yang boleh sampai ke kawasan itu.

“Kami nak dapatkan tepung. Askar Israeli menembak kami. Ramai yang syahid dan tiada bantuan perubatan,’’ kata salah seorang saksi.

Sementara itu, wartawan Al Jazeera, Ismail al-Ghoul yang melaporkan dari tempat kejadian berkata selepas melepaskan tembakan, kereta kebal Israel telah bergerak melanggar mayat dan mereka yang cedera di atas jalan.

“Ia adalah pembunuhan beramai-ramai, di samping kebuluran yang mengancam penduduk Gaza,’’ katanya.

Mereka yang cedera dan terkorban telah dibawa ke empat pusat perubatan iaitu al-Shifa, Kamal Adwan, Ahli serta hospital Jordan.

Ambulans tidak dapat sampai ke kawasan berkenaan disebabkan jalan di situ rosak sepenuhnya, kata al-Ghoul.

“Angka korban akan meningkat. Hospital-hospital tidak mampu menampung jumlah pesakit disebabkan kekurangan bahan bakar, apatah lagi ubat. Hospital juga kekurangan ubat,’’ tambahnya.

Lebih 30,000 orang termasuk 21,000 kanak-kanak dan wanita, disahkan terkorban sejak perang Israel-Palestin pada 7 Oktober tahun lepas.

Kira-kira 7,000 orang dilaporkan hilang manakala lebih 70,000 mengalami kecederaan. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

RM600mil heritage revival covers Sultan Abdul Samad Building, not just Carcosa: Khazanah

Opposition questions investment value, urges privatisation of historic sites instead

Bersatu did not betray, sabotage PAS in Perlis: Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu has denied betraying PAS or being involved in the political crisis in Perlis, its president Tan Sri Muhyiddin Yassin said. Muhyiddin said Bersatu did not play any role...

Selangor tawar moratorium 3 bulan kepada penyewa, peminjam perumahan kerajaan negeri: MB

Amirudin berkata, kerajaan negeri memahami keadaan yang kemungkinan dihadapi oleh para penyewa sekiranya kos sara hidup meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang

◉ Related