HEADLINES

Israel setuju perjanjian gencatan senjata dengan Hamas

Perjanjian itu membayangkan pemberhentian peperangan selama enam minggu, yang boleh bermula serta-merta jika Hamas menandatangani pembebasan baki tebusannya

9:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Israel menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) semalam, ketika bantuan kemanusiaan pertama dilakukan oleh AS ke atas Gaza.

Perjanjian itu membayangkan pemberhentian peperangan selama enam minggu, yang boleh bermula serta-merta jika Hamas menandatangani pembebasan tebusan yang berisiko.

“Israel lebih kurang menerima perjanjian itu. Sekarang ini, terpulang kepada Hamas,” kata pegawai kanan terbabit.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas pesawat kargo tentera AS mula menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang terkepung.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kebuluran di Gaza dan lebih 100 terkorban awal minggu ini ketika orang ramai berebut makanan dari konvoi trak yang menyampaikan bantuan.

Susulan kejadian itu, Israel berdalih mengatakan ‘rempuhan’ berlaku apabila ribuan penduduk Gaza mengepung konvoi 38 trak bantuan, menyebabkan 112 maut dan 760 cedera, termasuklah digilis lori.

Sumber Israel pula mengakui tenteranya melepaskan tembakan ke arah orang ramai apabila percaya mereka itu sebagai ‘ancaman’ terhadap pasukan tenteranya yang berdekatan.

Perunding dari kuasa serantau berusaha keras sepanjang masa untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza menjelang permulaan Ramadan yang akan datang.

“Ia akan menjadi gencatan senjata selama enam minggu di Gaza bermula hari ini jika Hamas bersetuju untuk membebaskan tebusan yang berisiko,” katanya. – 3 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Related