HEADLINES

Usia baru 6 tahun tapi single Tantari trending nombor satu lebih 2 minggu di YouTube

Tantari mula mendapat perhatian ramai apabila videonya menyanyikan lagu popular 90-an, Cinta Melankolia mendapat lebih 300,000 tanda suka di TikTok

3:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usia Tantari baru sahaja mencecah 6 tahun, namun siapa sangka single nyanyiannya, Rindu Hatiku Rindu menjadi trending dan menduduki tangga pertama selama lebih dua minggu di platform YouTube.

Mula dimuatnaik di saluran YouTube, Nova Music pada 15 Februari lalu, single pertama Tantari ciptaan komposer legenda, Datuk Eddie Hamid, merekodkan jumlah tontonan lebih 1.6 juta di platform berkenaan.

Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian mula menjadi perhatian ramai apabila video persembahanya saat menyanyikan lagu popular 90-an, Cinta Melankolia dendangan Allahyarham Aan di akaun TikTok LoyyGoji pada 6 Januari lalu, mendapat lebih 300,000 tanda suka (likes).

Tantari akan memulakan alam persekolahannya di Tahun Satu dekat Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tahun ini. – Gambar PR, 7 Mac, 2024

Fenomena itu membuatkan Tantari pantas dilamar Molek FM yang kemudian bekerjasama dengan Nova Music untuk mencetuskan projek rakaman single pertama Tantari.

Sementara itu, Eddie ketika diwawancara berkata, saat pertama kali menonton video tular Tantari menyanyi, dia terus tertarik dengan suara dan bakat nyanyian anak kecil itu.

Bahkan, dia juga sudah memahami lenggok lagu yang sesuai dinyanyikan penyanyi cilik itu sebelum lagu, Rindu Hatiku Rindu ditawarkan kepada Tantari oleh Abang Sham selaku orang kuat radio Molek FM.

“Saya lihat kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik dan sesuai membawa lenggok lagu era 90-an. Kita juga perlu ketengahkan kanak-kanak yang berbakat sebagai pelapis penyanyi sedia ada.

“Walaupun dia masih kanak-kanak tapi saya tak ada masalah sewaktu membuat kerja-kerja rakaman di Studio NAR. Di studio, kami hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siapkan rakaman,” kata Eddie.

“Rindu Hatiku Rindu” juga merupakan karya pertama Eddie yang dihasilkan khas untuk penyanyi kanak-kanak seperti Tantari yang lahir pada 23 April 2017.

Tambah Eddie, dia tidak menyangka lagu Rindu Hatiku Rindu nyanyian Tantari itu akan menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa pendengar.

Katanya, ini membuktikan walaupun zaman sudah berubah masih ramai yang meminati irama rock kapak.

Tantari akan memulakan alam persekolahannya di Tahun Satu dekat Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tahun ini.

Memandangkan Tantari masih di bawah umur, jadi lirik lagu yang ditampilkan tidak bolehlah keterlaluan, sebaliknya perlu bersesuaian dengan tahap usianya. – 7 Mac 2024

Topics

 

Popular

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related