HEADLINES

JaPen umum tempoh sah laku baharu kad perakuan media

Kad bagi pengamal media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media dalam talian, sah selama dua tahun

5:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh sah laku kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan berkuat kuasa serta-merta hari ini.

JaPen menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, kad bagi pengamal media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media dalam talian, sah selama dua tahun.

Katanya, tempoh sama turut ditetapkan untuk rakyat Malaysia yang bekerja di agensi media asing.

“Bagi pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media contohnya kakitangan sambilan seperti stringer perlu memperbaharui kad mereka setiap setahun.

“Tempoh sah selama setahun turut terpakai kepada pengamal media antarabangsa, bukan warga Malaysia dan dalam lawatan jangka masa panjang,” katanya.

Sementara itu, JaPen berkata, tempoh sah laku kad bagi pengamal media dalam talian yang baru berdaftar dengan jabatan tersebut pula ditetapkan selama enam bulan.

“Tempoh ini untuk memastikan media dalam talian tersebut beroperasi secara aktif, sahih dan tidak menyebarkan maklumat palsu.

“Selepas itu, tempoh kelulusan yang diberikan adalah sama seperti kategori-kategori di atas,” katanya.

Mengulas lanjut, JaPen berkata, pemegang kad tersebut yang mempunyai tempoh sah laku masih aktif boleh membuat permohonan memperbaharui selepas tamat tempoh kad media masing-masing.

“Semua permohonan pendaftaran agensi media baharu dan permohonan kad media yang lain adalah tertakluk kepada tempoh sah laku kad media yang baharu ditetapkan seperti di atas.

“Garis panduan yang ditetapkan melalui pautan Soalan Lazim di https://emedia.penerangan.gov.my/ masih berkuatkuasa dan tertakluk kepada semua pemegang kad perakuan media JaPen,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related