HEADLINES

Akaun individu sebar ajaran ‘The Ahmadi’ sudah tidak boleh diakses: Fahmi

Beberapa tindakan telah diambil termasuk siasatan untuk memastikan bukti-bukti ini tidak terjejas

12:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akaun individu yang menyebarkan ajaran ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’ di media sosial sudah tidak boleh diakses pagi ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau juga sudah berhubung dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berhubung isu ajaran sesat itu.

“Saya semak pagi tadi akaun itu sudah tidak boleh diakses. Sebelum ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan mereka mendapat pandangan dan juga laporan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai ajaran sesat itu.

“Ada beberapa tindakan yang telah diambil termasuk siasatan untuk pastikan bukti-bukti ini tidak terjejas.

“Jadi setelah beberapa perkara dilakukan, pihak MCMC mendapat go ahead (kebenaran) daripada pihak menteri agama dan hari ini saya lihat akaun itu tidak boleh lagi diakses,” katanya kepada media selepas program Back To School bersama MCMC dan Shopee di PPR Seri Pantai di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Bukhari Yahya dan Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Hanita Izam Abdul Rahman.

Seramai 200 penerima di kalangan komuniti Lembah Pantai menerima baucer persekolahan bernilai RM100.

Semalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan khususnya MCMC menutup atau menyekat akaun individu yang menyebarkan ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace di media sosial.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang ajaran The Ahmadi terus tersebar terutama kepada golongan muda.

Fahmi bersama Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Bukhari Yahya (enam, kiri) serta Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Hanita Izam Abdul Rahman (kiri) menyampaikan sumbangan dalam program Back To School bersama MCMC dan Shopee di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur hari ini. – Riduan Ahmad/Scoop, 9 Mac, 2024

Terdahulu Na’im menjelaskan ajaran The Ahmadi bertentangan dengan syariat Islam.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.

Sebelum ini tular mengenai akaun TikTok dipercayai milik Bishop atau ketua ajaran The Ahmadi yang mendapat sambutan ketika bersiaran langsung.

Akaun tersebut mempunyai lebih 30,000 pengikut. – 9 Mac, 202

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

Related