HEADLINES

Saya tak pernah buka telefon Tok Ram: Alyah letak kepercayaan pada suami ketika keluar bekerja

Alyah juga menyatakan pengalaman banyak mengubah dirinya dan Tok Ram dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak gusar apabila suaminya, Datuk Ramli MS atau terkenal dengan gelaran ‘Tok Ram’ keluar bekerja dan dikelilingi wanita cantik serta menarik.

Bahkan, kata Alyah kepada Scoop, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Ramli MS demi menjaga keharmonian rumah tangga yang mereka bina selama 11 tahun.

“Saya tidak boleh jangkakan masa depan namun pengalaman banyak mengajar saya. Kalau kita kawal dia, kalau ada sesuatu berlaku, ia tetap akan berlaku.

“Jadi, setiap kali Tok Ram keluar, saya akan bacakan Al-Fatihah dan Ayatul Kursi untuk diri saya. Itu yang selalu saya praktikkan dari apa selalu saya tanyakan mak saya. Yang ke depan, saya tak tahu.

“Saya juga tidak pernah membuka telefon Tok Ram dan tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Apapun, saya tahu Allah SWT akan mendengar doa orang yang teraniaya. Tapi, Alhamdulillah. Setakat ini, semua okay,” katanya pada majlis pelancaran pelantikannya sebagai duta produk kecantikan, Twomee Health & Beauty, petang semalam.

Menurut Alyah lagi, tiada ada manusia yang sempurna namun sebagai seorang isteri, dia akan melakukan yang terbaik untuk suaminya.

“Apa yang kurang, saya cuba atasi. Selebihnya, saya tawakal sahaja kepada Allah SWT.

“Pengalaman sentiasa memberikan pengajaran jadi apabila berlaku sesuatu dalam kehidupan kita, adakalanya ia bukanlah sesuatu yang buruk. Tapi, ia satu proses pembelajaran.

“Semua orang maklum dan tahu perjalanan seni dan rumah tangga saya. Itu yang jadikan saya dan Tom Ram berada di tempat kami sekarang. Lebih relaks dan lebih matang,” jelasnya.

Akui Alyah lagi, pada awal perkahwinannya, Tok Ram sememangnya seorang lelaki yang sukar untuk ditangani.

“Tapi sekarang, Alhamdulillah. Sejak dia berjumpa dan kenal kawan-kawan baru dari Korea dan menari-nari, dia kini tidak terlalu serius,” katanya sambil tertawa.

Mengenai persiapan di bulan puasa ini, Alyah berkata, kalau diikutkan dia ingin berehat dan mengosongkan aktiviti seninya.

“Namun ada banyak perkara yang perlu dilakukannya jadi hal memasak saya serahkan kepada pakar di rumah (Tok Ram).

“Untuk masakan berat macam asam pedas yang selalu mak-mak masak tuh, Tok Ram yang akan buat. Tapi, kalau yang ringkas macam nasi goreng dan mee goreng, saya yang masak.

“Dia suka macam tu dan suka duduk dengan mak saya bincang pasal resepi,” katanya yang mengakui rutin mereka setiap kali berpuasa adalah bertarawih di masjid berhampiran kediaman mereka. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Umno will remain part of Unity govt until GE16: Zahid

Party president says wary of being "bitten by the same snake for the second time" on collaborating with opposition parties

BWF confirms corrective measures at Indian Open after player concerns

The Badminton World Federation says organisers have addressed cleanliness, hygiene and venue issues at the Indian Open following complaints from players, and assured further upgrades will be made ahead of the World Championships in August

AFC: Australia, South Korea, Kuwait in the running for 2035 Asian Cup

The governing body will review bids for both the 2031 and 2035 Asian Cups, with decisions expected at its annual congress later this year

Related