HEADLINES

Kakak Bella direman sehari, didakwa siar gambar anak angkat suspek di TikTok

Majistret Nurasidah A Rahman kemudiannya membenarkan Norhisham Samsusah direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kakak kepada Allahyarham Bella atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, iaitu Norhisham, 36 ditahan polis, awal pagi tadi.

Media melaporkan, wanita itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk diambil keterangan berhubung satu laporan polis dibuat terhadapnya.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh keluarga suspek yang didakwa membunuh Bella, kononnya Norhisham menyiarkan gambar kanak-kanak dipercayai anak angkat suspek, ketika bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Norhisham kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi tadi bagi mendapat perintah reman.

Majistret Nurasidah A Rahman membenarkan wanita itu direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Polis turut dilaporkan sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, bapa saudara Bella, Nor Azhar Jamil, 55 mendakwa Norhisham akan dibebaskan pada jam 5 petang ini selepas dua peguam yang mewakilinya berjaya membantah penahanan tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih kepada kedua-dua peguam yang hadir bagi pihak kakak arwah Bella berjaya dalam bantahan reman akan dibebaskan 5 petang ini,” katanya menerusi TikTok.

Pada 26 Januari lalu, iaitu dua hari selepas pengebumian Bella, Norhisham membuat pendedahan mengejut apabila memaklumkan beberapa anggota badan adiknya ‘hilang’.

Kejadian itu disedari ketika dia bersama ibunya, Noraini Salleh, 55, memandikan jenazah Bella di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sebaik disahkan rangka itu milik Bella.

Namun, Isnin lalu, Norhisham memaklumkan hanya tulang belakang dan tangan Bella sahaja yang belum ditemui.

Katanya, keluarganya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai penyiasat dan usaha untuk mencari baki tulang Bella akan dijalankan secepat mungkin. – 13 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related