HEADLINES

Boeing arah juruterbang periksa kerusi selepas insiden Latam Airlines menjunam seketika semasa penerbangan

50 penumpang cedera minggu ini apabila pesawat jenis 787 terjunam secara tiba-tiba semasa penerbangan

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Boeing mengarahkan syarikat penerbangan yang mengendalikan pesawat jenis 787 Dreamliners agar meminta juruterbang memeriksa kerusi mereka ketika siasatan terhadap insiden dalam penerbangan Latam Airlines diteruskan.

Ia berlaku selepas 50 penumpang cedera minggu ini apabila pesawat jenis 787 terjunam secara tiba-tiba semasa penerbangan Latam Airlines.

The Wall Street Journal melaporkan kejadian itu berpunca apabila seorang pramugari secara tidak sengaja terlanggar suis pada tempat duduk juruterbang, yang menolak juruterbang ke depan panel kawal menyebabkan pesawat terjunam.

Syarikat Latam Airlines menyokong siasatan dijalankan susulan insiden tersebut.

Semasa kejadian, penumpang tercampak ke atas bumbung pesawat, yang dalam perjalanan dari Australia ke New Zealand.

Seorang penumpang, Brian Jokat berkata, pada masa itu beberapa penumpang lain mengalami kecederaan di kepala.

Jokat turut mendedahkan kesan hantukan itu menyebabkan “beberapa panel bumbung pesawat pecah”.

Perkhidmatan kecemasan kemudian mengesahkan seorang penumpang berada dalam keadaan kritikal.

Boeing berkata, siasatan ke atas penerbangan LA800 sedang berjalan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa penyiasatan mengenai sebarang penemuan yang berpotensi.

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengingatkan pengendali pesawat 787 mengenai buletin perkhidmatan yang dikeluarkan pada 2017, termasuk arahan untuk memeriksa dan menyelenggara suis pada tempat duduk bahagian kokpit.”

Ia mengesyorkan agar pengendali melakukan pemeriksaan suis “pada penyelenggaraan seterusnya”. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related