◉ HEADLINES

Warga emas maut dengan kesan tetakan di badan, 5 suspek ditahan

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat, manakala motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan

10:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun ditemui maut dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan di Taman Rinting, Masai, di Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, susulan penemuan mayat lelaki itu pada jam 10.50 pagi, lima lelaki berusia dalam lingkungan 35 hingga 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di lokasi berasingan sekitar Johor Bahru dalam tempoh kurang 24 jam.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati semua suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan dadah dan juga jenayah.

“Polis turut merampas beberapa barangan milik mangsa dan sampel swab di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, lewat malam tadi.

Kumar berkata, permohonan reman ke atas semua suspek dilakukan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat, manakala motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related