HEADLINES

UiTM Holdings belum capai objektif asal, mandat cipta kekayaan kepada UiTM

Pengambilalihan UiTM Private Education Sdn. Bhd. (UPESB) dan UiTM Technoventure Sdn. Bhd. (UTVSB) bertentangan dengan akta

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – UiTM Holdings dan anak-anak syarikatnya belum mencapai objektif asal dan mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM, mencipta peluang pelaburan dan meningkatkan kedudukan strategik perniagaan teras syarikat.

Demikian antara rumusan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung UiTM Holdings Sdn. Bhd. di bawah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Malah Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kegagalan UiTM mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan tidak selaras dengan peruntukan di bawah Akta Universiti Teknologi Mara 1976 [Akta 173] dan menyebabkan pengambilalihan UiTM Private Education Sdn. Bhd. (UPESB) dan UiTM Technoventure Sdn. Bhd. (UTVSB) bertentangan dengan akta.

Menurut beliau, selain itu suntikan modal berjumlah RM259.98 juta oleh UiTM dari 2007 hingga 2018 tanpa kelulusan Menteri Kewangan bagi tujuan pemilikan saham dalam UiTM Holdings tidak selaras dengan kehendak Akta 173.

“PAC juga mendapati projek solar oleh pihak UiTM Holdings jelas memberi manfaat kepada pengoperasian UiTM. Namun pertukaran syarat nyata tanah di Solar Park I Gambang, Pahang masih belum diselesaikan.

“Dan, kegagalan memuktamadkan perjanjian penyewaan baharu antara UiTM dan UiTM Private Healthcare Sdn. Bhd. (UPHSB) mengakibatkan berlaku tunggakan sewaan selama 15 bulan selain menyebabkan bangunan hospital Pusat Kesihatan Pakar UiTM tidak dapat disenggara dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati berkata, sebagai langkah penambahbaikan, PAC mengesyorkan enam perkara kepada KPT dan UiTM untuk dilaksanakan.

Perkara tersebut merangkumi:
i. UiTM perlu lebih efektif dalam mengawal selia UiTM Holdings dan anak-anak syarikatnya supaya menjana keuntungan dan mampu membayar dividen selaras dengan matlamat penubuhan;

ii. UiTM perlu memastikan pematuhan kepada kuasa melulus dalam membuat pelaburan, pinjaman dan penubuhan syarikat subsidiari selaras dengan peruntukan Akta 173;

iii. KPT dan UiTM hendaklah memastikan bahawa tindakan pembetulan diambil dalam isu suntikan modal berjumlah RM259.98 juta supaya selaras dengan Akta 173;

iv. Pihak UiTM Holdings hendaklah segera menyelesaikan isu pertukaran syarat nyata tanah di Solar Park I Gambang, Pahang; dan

v. UiTM Holdings perlu membentangkan pelan komprehensif hala tuju pelaburan dan perniagaan termasuk menangani isu tunggakan terhadap penyewaan bangunan selama 15 bulan dan masalah penyenggaraan bangunan hospital Pusat Kesihatan Pakar UiTM.

“PAC akan memanggil semula Kementerian Kewangan, KPT dan UiTM bagi prosiding tindakan susulan bagi isu ini dalam tempoh dua bulan untuk mengetahui maklum balas terhadap syor-syor yang diberikan oleh jawatankuasa ini,” katanya.

Terdahulu laporan berkenaan dibentangkan selepas PAC mengadakan prosiding pada 6 Disember 2023 dengan memanggil saksi-saksi seperti Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian; Naib Canselor Uitm, Prof. Datuk Shahrin Sahib@Sahibuddin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings, Farisan Mokhtar. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related