HEADLINES

Tiada lagi skor TP1 hingga TP6, pelaporan UASA kini dalam bentuk peratus, gred

Pelaporan PBD itu boleh diakses oleh ibu bapa secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu

10:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang menggunakan skor TP1 hingga TP6 bagi semua mata pelajaran sebelum ini akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penukaran itu dilakukan kerana ramai ibu bapa mempersoalkan cara bagaimana untuk menilai prestasi akademik anak masing-masing.

Menurutnya, pelaporan PBD itu boleh diakses oleh ibu bapa secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.

“(Penukaran) Maknanya yang menjadi pertikaian, kerana ibu bapa persoal macam mana nak diukur anak mereka ini.

“(Skor) T6 tu maksudnya apa? Jadi sekarang, tak ada dah… (ibu bapa) dapat terus melihat kepada peratus dan gred,” katanya pada sidang media khas berhubung Intervensi Kurikulum di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, Fadhlina berkata, pengukuran prestasi murid berdasarkan enam tahap penguasaan iaitu skor TP1 hingga TP6 masih lagi diteruskan dalam PBD.

“Masih ada lagi (skor T1 hingga T6). Itu PBD yang berterusan.

“Ini (gred dan peratus) kita maksudkan untuk laporan tahap penguasaan PBD bagi ujian akhir. (Skor) Tahap T1… T2 diteruskan sepanjang proses pengajaran mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) Edisi 3 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Tahap I yang disediakan kementeriannya akan digunakan bermula sesi Akademik 2024/2025.

Katanya, penjajaran kurikulum ini melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik Tahap I sedia ada.

“Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 ini disediakan sebagai pilihan kepada guru dalam pelaksanaan kurikulum sekolah rendah dan boleh digunakan bersama-sama Modul Bimbingan Sains dan Matematik Tahap I.

“Dokumen penjajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan menyusul,” katanya.

Beliau berkata, Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 akan disebarluaskan kepada semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah rendah melalui penganjuran bengkel dan latihan.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM juga akan melaksanakan Program Intervensi Literasi dan Numerasi sebagai pengesanan awal murid Tahun 1 yang belum menguasai Kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) bermula sesi akademik 2024/2025.

Katanya, pengesanan awal dilaksanakan melalui PBD setelah murid mengikuti persekolahan selama tiga bulan.

“Selepas tiga bulan, murid yang dikenal pasti belum menguasai 3M akan diasingkan dari kelas semasa dan diletakkan di bawah program ini selama tiga bulan” katanya. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related