HEADLINES

Sukan Komanwel boleh diadakan tapi usah tumpu hanya di Kuala Lumpur

Senator Datuk Hisamudin Yahaya berpendapat, negara akan kerugian jika menolak peluang yang ada ini

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sekiranya Malaysia menerima tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026, ia disaran diadakan di negeri-negeri yang memiliki fasiliti sedia ada dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur.

Senator Datuk Hisamudin Yahaya berkata cadangan itu sekali gus dapat memanfaatkan fasiliti sedia ada tanpa perlu mengeluarkan peruntukan besar untuk membina stadium dan pusat sukan yang baharu.

Beliau berkata kerajaan juga disaran mengehadkan acara sukan yang dipertanding pada Sukan Komanwel 2026 itu dan tidak menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan sukan tersebut. 

“Kalau tolak peluang yang ada ini, negara kita akan kerugian tetapi pada saya, kita boleh terima dengan syarat acara kita hadkan.

“Jadi untuk menyelamatkan Sukan Komanwel ini, kita kena ada semangat kerana kita antara negara Komanwel dan saya amat yakin jikalau mungkin daripada 21 acara, mungkin 18 acara dianjurkan bagi memastikan Sukan Komanwel ini berjalan di Malaysia menggunakan fasiliti yang ada,” katanya ketika mencelah kenyataan Senator A. Kesavadas pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, Kesavadas mencadangkan supaya kerajaan menolak tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026 kerana keadaan ekonomi negara yang masih tidak mengizinkan ketika ini. 

Beliau berkata penganjur Sukan Komanwel Birmingham 2022 di United Kingdom masih menanggung kerugian sebanyak RM4.6 bilion serta berharap Kementerian Belia dan Sukan mengambil iktibar dan menolak tawaran itu.

Media tempatan hari ini melaporkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan kementerian itu mempertimbang cadangan untuk menjadi tuan rumah bersama Singapura bagi Sukan Komanwel 2026. 

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ialah pada 1998 dan Malaysia mendapat peluang untuk menganjurkan sukan berprestij itu pada 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri.

CGF menawarkan Malaysia untuk menganjurkan sukan itu menggantikan Victoria dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta).

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related