HEADLINES

15 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM2 juta dari seludup tembakau, rokok dan arak

Susulan tangkapan ini, AML SPRM merampas barangan seperti telefon bimbit dan turut membekukan akaun bank kesemua suspek

10:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 lagi penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara.

Sumber memberitahu, tangkapan dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM susulan Op Samba 2.0 yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Isnin minggu lalu.

“Semua suspek lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan kira-kira jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati semua suspek disyaki terlibat dalam perbuatan tersebut antara 2017 hingga 2023.

“Semua suspek yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain,” katanya.

Susulan tangkapan ini, AML SPRM merampas barangan seperti telefon bimbit dan turut membekukan akaun bank kesemua suspek.

Sebelum ini, AML SPRM berjaya menangkap dan menahan reman 11 individu termasuk lima penjawat awam.

Modus operandi sindiket ini termasuk menggunakan khidmat “forwarding agent” sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau dan barangan lain tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan yang sepatutnya.

Sindiket ini juga dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan 15 suspek tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related