◉ HEADLINES

Na’imah tiba di mahkamah bagi mendengar keputusan dapatkan pasport secara kekal

Beliau tiba di mahkamah pada jam 8.20 pagi dengan berpakaian baju kurung berwarna hijau muda

8:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, tiba di Mahkamah Tinggi di sini, bagi mengetahui keputusan mendapatkan pasport secara kekal.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 8.20 pagi dengan berpakaian baju kurung berwarna hijau muda. Na’imah kelihatan tersenyum ketika memasuki mahkamah.

Dua anaknya, Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim turut menemani Na’imah di dalam mahkamah.

Na’imah, 66, memfailkan permohonan pada 16 Februari lalu dengan mendakwa alasan yang kukuh harus diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk menahan pasport beliau dan adalah tidak wajar ia dibenarkan hanya disebabkan rutin atas permintaan pendakwaan.

Hakim Datuk Ahmad Bache kemudian menetapkan 22 Mac bagi keputusan permohonan tersebut.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal mengisytiharkan 12 harta seperti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Disember 2023.

Harta-harta itu melibatkan dua buah syarikat, Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd serta dua kenderaan mewah Mercedez Benz.

Selain itu, lapan hartanah didakwa turut gagal diisytiharkan iaitu Menara Ilham di Jalan Binjai di sini, kediaman di Pesiaran Bukit Tunku serta tanah dan bangunan berstatus pegangan bebas di Bukit Tunku, Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail. – 22 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related