Mufti bidas gesaan boikot semua perniagaan bukan Islam susulan isu stoking Kalimah Allah

Beliau mengulas mengenai gesaan beberapa pihak untuk memboikot kedai serbaneka KK Mart, susulan isu stoking tertera Kalimah Allah

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seruan untuk memboikot perniagaan semua orang bukan Islam adalah keterlaluan dan bercanggah dengan ajaran Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Bercakap kepada Scoop, beliau berkata bukan semua orang Islam mengkhianati umat Islam dan menghukum mereka sebagai musuh atau pengkhianat adalah sesuatu yang zalim.

Sedangkan Islam, kata beliau menuntut umatnya menegak keadilan tanpa mengira latar belakang.

“Orang ramai tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri dalam kes ini.

“Serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah penyelesaian menurut saluran undang-undang sedia ada. Kita belum dapat mengenal pasti punca kejadian ini dan apakah motifnya,’’ katanya.

Beliau mengulas mengenai gesaan beberapa pihak untuk memboikot kedai serbaneka KK Mart, susulan isu stoking tertera Kalimah Allah.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai minggu lalu menerusi sidang media, memohon maaf berhubung isu terbabit.

Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza.

Wan Salim berkata, Islam mengajar umatnya supaya tidak terburu-buru memberi reaksi terhadap sesuatu kejadian sebaliknya Islam menghendaki umatnya bersikap cermat dan berhati-hati dalam menilai serta mengambil tindak balas jika berlaku sesuatu yang tidak disenangi.

“Ini adalah untuk mengelak daripada berlaku penganiayaan ke atas mana-mana golongan disebabkan tindakan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan sesuatu kejadian secara menyeluruh,’’ katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related