HEADLINES

Terbuka Switzerland: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon buat perhitungan di final

Ini kali ketiga dua pasangan negara itu berentap sesama sendiri, di mana masing-masing pernah melakar satu kemenangan

9:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai bakal berentap sesama sendiri pada final badminton Terbuka Switzerland 2024 selepas menyingkirkan lawan masing-masing, awal pagi tadi.

Dalam aksi di St Jakobshalle di Basel, pasangan nombor sembilan dunia yang juga pilihan ketiga kejohanan, Tang Jie-Ee Wei mudah melangkah ke final selepas menang straight set 21-16, 21-12 ke atas pilihan keenam dari Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei memenangi semua enam pertemuan dengan Hong Wei-Chia Hsin.

Kemaraan mereka kemudian diteruskan pasangan nombor 14 dunia, Soon Huat-Shevon yang menewaskan beregu Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, 21-18, 21-16 dalam masa 37 minit.

Goh Soon Huat (kanan) dan Shevon Lai memastikan kejuaraan beregu campuran Terbuka Switzerland sah milik Malaysia selepas menempah pertemuan dengan Tang Jie-Ee Wei di final malam ini. – Alif Omar/Scoop, 24 Mac, 2024

Ini adalah pertembungan kali ketiga buat kedua-dua pasangan negara itu selepas Terbuka Korea 2023 dan Masters Jepun 2023 dengan masing-masing pernah meraih kemenangan.

Sebagai rekod, ini adalah final kedua Tang Jie-Ee Wei pada 2024 selepas muncul naib juara Thailand Masters Super 300, bulan lalu.

Pertemuan akhir membabitkan kedua-dua pasangan beregu negara itu akan berlangsung malam ini. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related