HEADLINES

‘Kalau saya bayar, saya khianati rakyat Kedah’ Sanusi ulas isu gaji Kedah Agro

Kerajaan negeri tidak akan membayar tunggakan gaji 24 kakitangan Kedah Agro sebaliknya syarikat itu boleh memohon untuk membuat pinjaman

10:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kerajaan negeri tidak akan membayar tunggakan gaji 24 kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro) sebaliknya syarikat itu boleh memohon untuk membuat pinjaman.

Bagaimanapun kata Menteri Besar Kedah, pinjaman kepada kerajaan negeri itu tidak akan diberikan dengan mudah dengan beberapa perkara akan diteliti termasuk bagaimana dan bila bayaran balik akan dibuat.

Ini kerana, katanya duit daripada pembayar cukai tidak boleh digunakan untuk membayar gaji syarikat yang tiada dalam perbelanjaan kerajaan.

“Ini dipanggil tatakelola yang depa sering cakap, bila kita buat depa marah. Belum pernah sejak ditubuh Kedah Agro kerajaan bayar gaji, yang boleh dibuat adalah syarikat pinjam duit kerajaan. Bila terjadi isu (gaji tertunggak) saya tak tau, depa hantar memorandum (baru tahu), selama ini hampa buat apa.

“Saya kena tegas. Adakah 24 orang ini tidak boleh bincang untuk mencari pendapatan syarikat.

“(Kalau) nak tolong 24 orang ni, saya kena khianat rakyat Kedah,’’ katanya ketika berucap dalam satu majlis semalam.

Baru-baru ini, seramai 24 kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad dilaporkan berdepan dengan masalah tunggakan gaji.

Isu ini mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang memaklumkan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sudah menghantar notis kepada syarikat berkenaan pada Januari lepas.

Menurutnya, siasatan mendapati Syarikat tersebut tidak membayar gaji pekerja sejak September tahun lepas dan perkara itu menyalahi Seksyen 19 Akta Kerja.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, Kedah Agro merupakan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dan sepatutnya ia menjana pendapatan sendiri dengan melaksanakan projek kerajaan dan kemudian menyumbang semula kepada kerajaan.

Kedah Agro, katanya, pernah mendapat teguran daripada Ketua Audit Negara pada 2017 kerana bermasalah, iaitu semasa pentadbiran Umno di Kedah.

“Kalau 30 orang duduk dalam GLC, sumbang tak penah, kikis lagi, itu bukan GLC, itu lintah, saya tak mau bela lintah.

“Saya punya polisi yang jelas dah diumum pada 2020 iaitu mana-mana anak syarikat yang tak boleh menyumbang kepada kerajaan, duk hisap darah kita, ditutup tapi tak ditutup,’’ katanya. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related