HEADLINES

‘Jawab terus, tak payah berpolitik’ Mas Ermieyati persoal Fuziah bangkit harga barang sebelum PRU-15

Fuziah ketika menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati turut menyoal Ahli Parlimen Bersatu itu mengenai harga minyak masak yang kini turun kepada RM25 untuk 5kg

11:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawapan mengenai ketiadaan telur dan harga minyak sebanyak RM35 untuk 5kg sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Dewan Rakyat membangkitkan kemarahan (PN – Masjid Tanah) Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ini kerana, penjelasan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mengenai perkara tersebut disifatkan oleh Mas Ermieyati sebagai cubaan untuk berpolitik.

Fuziah ketika menjawab soalan tambahan daripada Mas Ermieyati itu turut menyoal Ahli Parlimen dari Bersatu itu mengenai harga minyak masak yang kini turun kepada RM25 untuk 5kg.

“YB (Mas Ermieyati) lupa ke sebelum PRU-15, telur tiada dalam pasaran, harga minyak masak pula dari RM35 kini turun RM25 bagi 5kg. Saya kena cakap berfakta,’’ katanya.

Mas Ermieyati ingin mengetahui apakah jaminan Kerajaan untuk memastikan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, minyak peket dan beras tempatan kembali pulih seperti sebelum PRU-15 yang lalu.

Untuk rekod, negara ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) pada 2020 sehingga Ogos 2021.

Mas kemudiannya bangkit dan mempertikaikan jawapan tersebut.

“Jawab la terus, tak payah berpolitik dalam Dewan. Sebelum PRU-15, ada 14 (PRU-14) dan 13 (PRU-13),’’ katanya.

Melihat suasana panas itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegur Mas Ermieyati supaya membenarkan Fuziah menjawab soalan yang dibangkitkannya.

‘Bukan cara macam ni, biar dia jawab dulu, baru YB bangkit,’’ kata Johari.

Mas Ermieyati kemudiannya beberapa kali menjawab ‘ saya tahu’.

Dalam pada itu, Fuziah menafikan pemberian subsidi tepung gandum bernilai RM40 juta, ditamatkan.

Malah, ujarnya, dana bernilai RM40 juta bagi pemberian subsidi barang itu tidak pernah dituntut kerana tiada pengilang yang mahu mengeluarkan tepung kegunaan am.

“Sudah beberapa tahun ia tak pernah dituntut kerana tiada kilang mahu menghasilkan tepung gandum kegunaan am, selain rakyat pun tak pernah minta… yang keluar tepung pelbagai cap,” katanya. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related