HEADLINES

Pendakwaan kes stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart tiba di mahkamah

Selain Datuk Seri KK Chai, seorang pengarah KK Mart dan tiga pengarah syarikat pembekal produk itu, Xin Jian Chang Sdn Bhd akan didakwa berkaitan kes sama hari ini

9:26 AM MYT

 

SHAH ALAM — Pengasas KK Mart, Datuk Seri KK Chai tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.55 pagi ini, bagi menghadapi pendakwaan berkaitan kes penjualan stoking memaparkan kalimah Allah di kedai rangkaian serbaneka itu.

Selain KK Chai, seorang pengarah KK Mart dan tiga pengarah syarikat pembekal produk itu, Xin Jian Chang Sdn Bhd akan didakwa berkaitan kes sama hari ini.

Tinjauan Scoop mendapati, petugas media mula berkumpul di hadapan kompleks mahkamah berkenaan seawal jam 8 pagi bagi menanti ketibaan mereka.

Setakat jam 8.50 pagi, tidak kelihatan kehadiran pihak parti politik atau badan bukan kerajaan di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan susulan kes itu. – 26 Mac, 2024

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related