HEADLINES

Pusat keselamatan siber tangani kekurangan 12,000 pakar: Anwar

Pusat itu adalah perkara penting ke arah melaksanakan ‘ekosistem keselamatan siber teguh’, sambil membayangkannya sebagai hab bagi rantau Asean

5:07 PM MYT

 

CYBERJAYA – Penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCOE) akan membantu menangani kekurangan kira-kira 12,000 profesional keselamatan siber menjelang 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pusat itu adalah perkara penting ke arah melaksanakan ‘ekosistem keselamatan siber teguh’, sambil membayangkannya sebagai hab bagi rantau Asean.

“Kami memuji Blackberry kerana membantu kami meningkatkan kemahiran pertahanan siber generasi akan datang, mempercepatkan matlamat kami untuk meningkatkan keselamatan dan inovasi negara serta serantau.

“Malaysia kekurangan 12,000 profesional keselamatan siber, kita memerlukan 25,000 pekerja dalam keselamatan siber menjelang 2025.

“Kita membayangkan pusat ini sebagai hab pembangunan kapasiti bagi rantau Asia Tenggara, dengan tumpuan khusus untuk meningkatkan perkongsian risikan ancaman dan memupuk kerjasama serantau dalam mengurangkan ancaman keselamatan siber, selain memerangi jenayah siber,” katanya semasa melancarkan CCOE di Auditorium Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Menteri Penggalakan Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Kanada, Mary Ng

Pada November tahun lalu, kerajaan menandatangani perjanjian dengan firma perisian Kanada BlackBerry Ltd untuk menyediakan perisian keselamatan siber dan menubuhkan sebuah pusat di negara ini, dengan menyaksikan penglibatan pertama firma itu di rantau Asia Pasifik.

Fahmi berkata, BlackBerry akan melengkapkan pusat itu dengan beberapa kursus peringkat permulaan, walaupun tempohnya belum ditentukan.

“Pada awal tahun depan, (BlackBerry) akan menyediakan kursus untuk pakar keselamatan siber.

“Penubuhan CCOE membolehkan kita merapatkan jurang bakat (kekurangan). Hari ini, kita melihat banyak serangan siber berlaku setiap saat.

“Melangkah ke hadapan, terdapat beberapa perkara boleh kami lakukan untuk mengukuhkan hubungan kami dengan BlackBerry melalui kerjasama dengan pihak mereka,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, usaha perkongsian antara Malaysia dan Kanada adalah ‘bukti konkrit kerjasama kukuh’ antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Mary memaklumkan, 138 firma Kanada sudah bertemu dengan rakan kongsi masing-masing di Malaysia untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Semalam, Mary berkata, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik membawa kepada perdagangan dua hala, meningkat 25 peratus.

Pada masa sama, Malaysia dilantik sebagai penyelaras negara Kanada untuk Asean tahun ini dan akan menjadi pengerusi Asean bagi 2025. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

Related