◉ HEADLINES

Jangan bertindak ekstrem isu KK Mart, biar undang-undang menghakimi: Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, semua rakyat di negara ini bertanggungjawab dalam mengekalkan keharmonian di Malaysia

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu memberikan ruang untuk undang-undang menghakimi individu terbabit dalam kes penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka, KK Mart.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, menyerahkan isu itu kepada polis dan badan perundangan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan berlaku hal tidak diingini.

Katanya, kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam Rukun Negara harus diutamakan dan beliau percaya pemimpin juga mempunyai kewajipan dalam memastikan perkara ini diutamakan.

“Saya dapat memahami kemarahan umat Islam terhadap KK Mart dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga sudah menegaskan agar isu ini dikendalikan mengikut lunas undang-undang.

“Beliau turut menjelaskan isu ini tidak boleh dibiarkan terus ‘meleret’ sehingga kerja penting tidak berjalan dengan baik,” katanya.

Nik Nazmi berkata, sikap berlebihan dalam menangani isu itu mampu mempengaruhi individu tertentu untuk bertindak ekstrem, seperti insiden melontar bom petrol ke sebuah daripada premis KK Mart.

Katanya, semua rakyat di negara ini bertanggungjawab dalam mengekalkan keharmonian di Malaysia.

Malah, beliau berkata, Islam pada asasnya menjunjung keadilan yang dijalin dengan belas kasihan.

“Islam yang penuh hikmah dan kasih sayang menekankan ketinggian akhlak serta adab umatnya dan melarang kita bersikap melampau atau bertindak di luar lunas undang-undang, seperti mengancam nyawa, menyebabkan kecederaan atau merosakkan harta benda.

“Kita seharusnya mengekalkan belas kasihan dan empati dan bukan menaikkan kemarahan atau kecaman sesama sendiri. Pada Ramadan mulia ini, saya percaya ia adalah masa sesuai untuk umat Islam menunjukkan contoh baik dalam menangani isu ini.

“Diharapkan insiden ini akan memberi pengajaran kepada semua perniagaan untuk lebih teliti dan berhati-hati dalam pengedaran produk yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama,” katanya.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, KK Mart sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal stoking tersebut.

Semalam pula, katanya, pengasas KK Mart dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atau kes berkenaan.

“Diharapkan insiden ini akan memberi pengajaran kepada semua perniagaan untuk lebih teliti dan berhati-hati dalam pengedaran produk yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama. – 27 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Tugas polis lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala

◉ Related