HEADLINES

Awas! Pendaftaran, pengemaskinian Padu adalah percuma, tiada bayaran dikenakan

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya ada pihak yang menawarkan servis berbayar untuk mendaftar Padu

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi menegaskan pendaftaran dan pengemaskinian sistem Pangkalan Data Utama (Padu) adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya ada pihak yang menawarkan servis berbayar untuk mendaftar Padu.

“Selain anda membazirkan wang ringgit, data peribadi anda juga di tangan mereka.

“Daftar Padu secara percuma di padu.gov.my,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Peringatan itu diberikan susulan wujud pengiklanan perkhidmatan ejen haram dalam Facebook Grup Penduduk Sungai Petani Kedah yang menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Mesej iklan tersebut berbunyi, ‘Siapa-siapa ada masalah daftar Padu boleh hubungi saya 017 *** Nan.’

Sambil mengingatkan orang ramai supaya mendaftar Padu sebelum 31 Mac ini, Kementerian Ekonomi menasihatkan pengguna supaya tidak pengaruh dengan iklan palsu di media sosial.

“Sekiranya perlu ke kaunter fizikal, hubungi pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) negeri masing-masing. Maklumat tentang DOSM negeri boleh didapati di https://www.dosm.gov.my/portal-main/directory/,” katanya.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melanjutkan proses pendaftaran serta kemas kini sistem Padu yang akan berakhir pada 31 Mac ini.

Katanya, ini kerana pihaknya perlu mematuhi jadual bagi membolehkan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related