HEADLINES

ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit, ASM 4.75

Jumlah pengagihan pendapatan untuk dua dana tersebut adalah sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan 4.75 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Syarikat pengurusan unit amanah itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, agihan pendapatan ASB 2 membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM670 juta kepada 552,297 pemegang unit yang kini memiliki 12.73 bilion unit.

Katanya, agihan pendapatan bagi ASM pula membabitkan jumlah pembayaran RM1.33 bilion kepada 699,807 pemegang unit dengan pegangan 28.05 bilion unit.

Justeru, jumlah pengagihan pendapatan untuk dua dana tersebut adalah sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

“ASB 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM0.67 bilion yang memanfaatkan 552,297 pemegang unit. Pulangan sebanyak 5.25 sen seunit ini mengatasi penanda aras pulangan 2.84% yang dicatatkan oleh Deposit Tetap 12-bulan Maybank sebanyak 241 mata asas (bps).

“Bagi tempoh sama, ASM turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.33 bilion, iaitu bersamaan 4.75 sen seunit kepada 699,807 pemegang unit. Pulangan sebanyak 4.75% ini mengatasi penanda aras yang sama sebanyak 191 bps,” katanya.

Sementara itu, ASNB berkata, urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

“Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 April 2024,” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related