◉ HEADLINES

Kabinet lulus projek LRT Pulau Pinang

Kerja pembangunan projek bermula hujung tahun ini, dengan laluan LRT itu disasarkan beroperasi pada 2030

4:07 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan sudah memberi lampu hijau untuk meneruskan projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, kerja pembangunan bagi projek itu dijangka bermula akhir tahun ini, dengan laluan LRT itu disasarkan beroperasi pada 2030.

Katanya, kerajaan Persekutuan bersetuju melantik MRT Corp, sebuah syarikat dimiliki penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sebagai pemaju projek dan pemilik aset.

Projek itu, ujarnya, akan dibahagikan kepada tiga komponen, dengan segmen pertama melibatkan kontrak kerja sivil sebagai sebahagian daripada laluan dari Pulau Silikon ke Komtar, George Town.

“SRS Consortium Sdn Bhd akan ditawarkan kontrak ini melalui mekanisme permintaan sumber tunggal untuk cadangan.

“Tawaran ini adalah berdasarkan permintaan daripada kerajaan Pulau Pinang yang melantik SRS Consortium sebagai rakan pelaksana projek bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, termasuk laluan LRT Pulau Pinang, melalui tender terbuka pada Ogos 2015,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related