◉ HEADLINES

AS lulus berbilion-bilion dolar pembekalan bom, jet pejuang ke Israel

Washington turut meluluskan AS$3.8 bilion bantuan tahunan kepada rejim zionis

8:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) didakwa telah meluluskan pembekalan bom dan jet pejuang ke Israel yang dikatakan menelan belanja berbilion-bilion dolar, kata sumber kerajaan semalam.

Arab News memetik sumber yang mengesahkan laporan berkenaan kepada Washington Post mendakwa, pakej senjata itu termasuk 1,800 bom MK84 dan 500 bom MK82.

Malah, Washington turut meluluskan AS$3.8 bilion bantuan ketenteraan tahunan kepada Israel, sekutu lamanya.

Pakej itu diluluskan ketika Israel berdepan kritikan hebat antarabangsa mengenai kempen ketenteraannya di Gaza dengan Presiden Joe Biden turut didesak memotong bantuan berkenaan kepada rejim zionis.

Semalam, Biden berikrar untuk memberikan sokongan berterusan kepada Israel.

Walau bagaimanapun White House enggan mengulas mengenai pakej bantuan ketenteraan AS itu.

Bantuan berkenaan diputuskan susulan lawatan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant ke Washington minggu ini ketika beliau membincangkan mengenai keperluan persenjataan Israel dengan sekutunya, AS.

Selasa lalu, Gallant memberitahu pemberita mengenai penekanan kepentingan hubungan AS-Israel dalam aspek keselamatan dan mengekalkan keupayaan ketenteraan Israel di rantau terbabit termasuk pertahanan udara.

Perang tercetus pada 7 Oktober lalu mengorbankan puluhan ribu nyawa penduduk Palestin di Gaza. – 30 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

◉ Related