HEADLINES

Terpisah ribuan kilometer dengan keluarga, warga asing tetap semangat sambut Aidilfitri di Malaysia

Teman-teman menjadi ganti keluarga buat warga asing yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara ini

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Biarpun tidak dapat berkumpul bersama keluarga di kampung halaman sempena Aidilfiti kerana tuntutan kerja dan kekangan kewangan, warga asing tetap bersemangat melakukan persiapan menyambut lebaran di negara ini.

Berkongsi keterujaan dan persiapan meraikan hari istimewa itu bersama Scoop, tukang masak warga Indonesia, Ami Ponidi, 45, berkata, dia tidak mempunyai masalah meraikan Aidilfitri di Malaysia dan bersyukur masih dipanjangkan usia untuk menyambutnya.

“Agak sukar untuk saya membelanjakan wang untuk pulang ke kampung hari raya ini kerana saya baru sahaja memperbaharui permit yang menelan kos RM9,200.

“Wang simpanan saya juga semakin berkurangan kerana kedai makan tempat saya bekerja ditutup sepanjang Ramadan, menyebabkan saya tidak memperoleh gaji sebulan,” katanya yang sudah bekerja di negara ini sejak tujuh tahun lalu.

Ami Ponidi berkata, dia tidak mempunyai masalah meraikan Aidilfitri di Malaysia dan bersyukur masih dipanjangkan usia untuk menyambutnya – Gambar Scoop, 31 Mac, 2024

Pekerja restoran berasal dari Indonesia yang mahu dikenali Yuni, 38, berkata, ini adalah pengalaman pertama dia beraya di Malaysia kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk kos pulang.

“Saya amat rindu untuk pulang ke rumah (kampung), jika ada rezeki untuk pulang semestinya saya akan balik, tetapi saya tak boleh nak buat apa kerana saya bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga,

“Saya tiada keluarga dan saudara-mara di sini (Malaysia), jadi saya akan menyambut Aidilfiti bersama kawan-kawan sahaja,” katanya.

Bagi pekerja pencuci kereta, Syukur Husain, 31, dari Myammar, memandangkan tidak pulang ke negara asal pada Aidilfitri, dia mengambil peluang berkunjung ke kediaman rakan-rakan di sekitar ibu kota.

Syukur Husain dari Myammar berkata, memandangkan tidak pulang ke negara asal pada Aidilfitri, dia mengambil peluang berkunjung ke kediaman rakan-rakan di sekitar ibu kota – Gambar Scoop, 31 Mac, 2024

“Saya juga akan turut mengambil kesempatan cuti umum untuk bersiar-siar ke pusat beli-belah,” katanya yang menetap di Cheras.

Manakala, pembantu rumah warga asing, Fatimah Agus, 52, berkata, memandangkan niatnya ke negara ini adalah mencari rezeki demi keluarga, dia terpaksa mencekalkan hati untuk meraikan Syawal di Malaysia.

Fatimah Agus berkata, memandangkan niatnya ke negara ini adalah mencari rezeki demi keluarga, dia terpaksa mencekalkan hati untuk meraikan Syawal di Malaysia – Gambar Scoop, 31 Mac, 2024

“Semua wang hasil bekerja dikirimkan kepada anak-anak saya di kampung dan saya akan mengambil sedikit untuk perbelanjaan diri sendiri.

“Jadi pada cuti umum ini memang menjadi kebiasaan saya untuk keluar bersiar-siar di sekitar ibu negara.

“Perancangan saya sekiranya dapat cuti, saya akan berjalan-jalan bersama kawan-kawan ke KLCC,” katanya. – 31 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related