◉ HEADLINES

Syarikat Brunei umum pembinaan HSR hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei, Sabah

Projek tersebut melibatkan dua fasa dengan anggaran perjalanan setiap stesen ambil masa 30 minit

11:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat Brunei, Brunergy Utama Sdn Bhd mengumumkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah.

Menerusi laman sesawang syarikat itu, projek Trans-Borneo Railways (TBR) itu bakal mengubah landskap pengangkutan di Borneo dengan landasan sepanjang 1,620 kilometer (km).

Berkelajuan 300 hingga 350km sejam, projek tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan jarak purata antara stesen yang akan dibina adalah 150km.

Menurut Brunergy, anggaran purata perjalanan antara stesen hanya memakan masa 30 minit.

Fasa pertama akan bermula di Pontianak dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

Projek TBR yang memiliki landasan sepanjang 1,620 kilometer bakal menghubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah. – Gambar Brunergy Utama, 31 Mac, 2024

Laluan fasa itu membabitkan Kota Kinabalu, Kimanis/Papar, Beaufort, Sipitang, Lawas, Bangar, Limbang, Bukit Panggal, Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching, Sambas, Singgawang, Mempawah dan Pontianak.

Sementara Fasa Kedua pula akan melibatkan Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan laluan utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda, dan kemudiannya ibu negara Indonesia baharu, Nusantara.

Laluannya adalah Long Seridan, Bekalalan, Long Bawan, Malinau, Tanjung Selor, Tandjungredeb, Pengadan, Lubuk Tutung, Bontang, Samarinda dan Balikpapan.

Kedua-dua laluan akan bersambung di daerah Tutong di Brunei yang terletak di lokasi strategik, berfungsi sebagai hab pusat TBR. – 31 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related