HEADLINES

Jumpa segenggam paku dalam lemang, peniaga terkejut ‘mana mai paku ni, buluh dah basuh bersih’

Pelanggan itu hanya menyedari paku terbabit ketika memotong bahagian bawah lemang

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penjual lemang terkejut selepas mendapat panggilan daripada pelanggannya yang memaklumkan mengenai penemuan segenggam paku di dalam lemang.

Penjual lemang terbabit dikenali sebagai Ummu berkata, dia menerima panggilan daripada pelanggannya selepas 10 minit lemang itu dijual.

Menerusi video yang tular di TikTok, hanya dia yang terlibat dalam penyediaan lemang itu dan semua sudah diteliti termasuk membasuh buluh terbabit.

Jelasnya, pelanggan itu hanya menyedari paku terbabit ketika memotong bahagian bawah lemang.

“Dah sampai (lemang) dekat pelanggan tetiba kurang lebih 10 minit gitu dia call…kenapa ada paku dalam lemang. Aku pun macam ehhhh paku?

“Mana mai (datang) paku, sebab aku yang basuh buluh, yang potong buluh, yang buat A-Z, memang takda paku . Takda sape pun yang kacau masa aku melemang. Nasib pelanggan baru potong, belum masuk ke mulutnya,’’ katanya.

Ummu memaklumkan dia kemudiannya menggantikan lemang baru.

Menerusi bahagian komen, Ummu bagaimanapun mengakui dia menggunakan buluh tambahan kepunyaan anaknya untuk memasak lemang.

Ditanya oleh salah seorang netizen sama ada dia tidak membasuh lemang itu terlebih dahulu, Ummu memberitahu semua proses itu dilakukannya dan mungkin paku berkenaan dimasukkan ketika dia terlepas pandang.

Dia juga mengakui terkhilaf kerana tidak membuat pemantauan dengan teliti sebelum membakar lemang paku tersebut.

Namun ramai netizen yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang pelik dan mencetuskan tanda tanya apatah lagi paku terbabit adalah bersih dan bukan berkarat. – 1 April, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related