HEADLINES

Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan

Kertas siasatan mengenai kes ini telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988

11:10 PM MYT

 

KUCHING — Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata ketika dihubungi Bernama hari ini berkata laporan dibuat pada 4.21 petang semalam di Balai Polis Sungai Maong di sini oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Atiqah Syairah Shaharudin.

“Kertas siasatan mengenai kes ini telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya 

Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau hari ini, Fadhlina menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah selain diancam keselamatan. – 31 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related