HEADLINES

PM ucap tahniah kepada Sivasangari atas kejayaan bersejarah muncul juara Klasik London

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kemenangan Sivasangari itu akan mendorong lebih banyak kejayaan di masa akan datang

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari atas kejayaan menjuarai Kejohanan Klasik London.

“Tahniah sekali lagi saya ucapkan, semoga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan di masa akan datang,” katanya menerusi catatan di media sosial hari ini.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa Sivasangari menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas kali terakhir dilakukan bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pada 2015.

Sivasangari, 25, pemain ranking ke-13 dunia melakar sejarah tersendiri selepas muncul juara edisi sulung Klasik London dengan menyingkirkan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir  11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 di pentas akhir semalam.

Kemenangan itu merupakan yang kedua buat pemain yang berasal dari Kedah tersebut ke atas El Hammamy sepanjang enam pertemuan mereka.

Kejayaan ke final kejohanan bertaraf emas itu juga menyamai rekod yang pernah dicatatkan Nicol pada 2015.

Pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 itu mempamer aksi konsisten sepanjang minggu kejohanan berprestij itu selepas menewaskan pemain ranking pertama dunia dari Mesir, Nour El Sherbini di suku akhir.

Dia kemudian menumbangkan pemain nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis pada aksi separuh akhir untuk mara ke final kejohanan bertaraf emas buat kali pertama. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

MRT Corp CEO not renewed

After two extensions Datuk Mohd Zarif Hashim leaves metro rail firm

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related