HEADLINES

Kestabilan, keharmonian akan musnah jika rakyat gagal pelihara nilai dibawa agama: Sultan Ibrahim

Bersempena 10 hari terakhir bulan Ramadan, Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh umat Islam menghayati pengajaran bermakna daripada ayat-ayat al-Quran

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memberi peringatan bahawa kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah jika rakyat gagal memelihara nilai yang dibawa oleh agama.

Menerusi catatan di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah kegagalan itu akan menyebabkan konflik yang akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan.

Bersempena 10 hari terakhir bulan Ramadan, Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh umat Islam di negara ini menghayati pengajaran bermakna daripada ayat-ayat al-Quran.

“Jadikanlah al-Quran sebagai panduan dalam hidup masyarakat berbilang bangsa serta agama untuk saling hormat-menghormati dan jangan bersangka buruk terhadap orang lain.

“Semoga negara kita sentiasa terpelihara dan terlindung daripada anasir melampau yang menggugat kesejahteraan sejagat,” titahnya.

Dalam catatan itu juga, Sultan Ibrahim berkongsi petikan beberapa surah antaranya Surah Al-An’am, Ayat 108 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Selain itu turut dikongsi Surah Al-Maidah, Ayat 8 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related