HEADLINES

Ketua Umno Subang, Armand sedih dan terkilan dengan penahanan Akmal

Kita hanya boikot secara matang, bukan emosi dengan baling molotov cocktail: Armand

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Umno bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah melahirkan rasa sedih dan terkilan susulan penahanan Dr Muhamad Akmal Saleh di Kota Kinabalu hari ini.

Menurutnya, selaku Ketua Umno bahagian berkenaan, beliau secara terbuka menyatakan pendirian berdiri teguh bersama Ketua Pemuda Umno itu dalam isu boikot kedai serbaneka KK Mart.

Armand juga menyatakan Umno Subang turut bersama-sama Akmal dalam isu itu.

“Kita boikot secara matang dan tidak pernah keluarkan kalam (arahan) untuk boikot emosi dengan membaling molotov cocktail…tak pernah.

“Kita gunakan kuasa pembeli. Kita guna kuasa ekonomi bukan kuasa emosi,’’ katanya menerusi klip video yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

Akmal Saleh ditahan di Kota Kinabalu pagi ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Beliau berada di Sabah untuk menghadiri Program Kembara Ramadan bersama Pemuda Umno di negeri itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dilakukan terhadap Akmal mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related