HEADLINES

Terjejas angkara boikot, McDonald’s beli syarikat miliki 225 restoran di Israel

Alonyal sudah mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun

2:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — McDonald’s Corporation akan membeli syarikat yang memiliki 225 restoran makanan segera itu di Israel ketika boikot global yang berterusan akibat perang di Gaza.

Bagaimanapun, McDonald’s tidak mendedahkan syarat perjanjian dengan Alonyal.

Alonyal sudah mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun.

Setakat ini, ia mempunyai 225 restoran dengan lebih 5,000 pekerja, yang akan dikekalkan selepas penjualannya.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski mengakui bahawa kesan boikot “mempengaruhi secara bermakna” prestasi perniagaannya di Malaysia dan Indonesia.

“Kami menyedari bahawa keluarga dalam komuniti mereka di rantau ini terus terjejas secara tragis oleh perang dan ingatan kami bersama mereka pada masa ini.

“Jelas sekali tempat yang kita lihat kesan paling ketara ialah di Timur Tengah. Kami melihat beberapa kesan di negara Islam lain seperti Malaysia, Indonesia,” katanya.

Ini juga berlaku di negara yang mempunyai populasi Islam yang besar seperti Perancis, terutama di restoran yang mempunyai kawasan kejiranan yang ramai Muslim.

Dalam laporan pendapatan 2023 pada Februari lalu, McDonald’s berkata, perang di Gaza telah menjejaskan prestasi kewangannya, terutamanya di wilayah majoriti Muslim.

Peningkatan gesaan untuk memboikot restoran tersebut tercetus apabila francais di Israel mengumumkan di Instagram bahawa ia memberi ribuan makanan percuma kepada hospital dan tentera Angkatan Pertahanan Israel. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related