◉ HEADLINES

Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 12 tengah hari, beberapa lorong smartlane diaktifkan

Terdapat kemalangan di beberapa lebuh raya namun ia tidak menghalang laluan dan trafik juga terkawal

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat 12 tengah hari tadi.

Terdapat kemalangan di beberapa lebuh raya namun ia tidak menghalang laluan dan trafik juga terkawal.

Dalam pada itu, Akaun X @PLUSTrafik memaklumkan beberapa laluan Smartlane juga sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar bagi perjalanan pulang warga kota ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Antara laluan Smartlane yang dibuka ialah di KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara dari Tapah ke Gopeng, KM194.5 hingga KM184.0 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan KM8.1 hingga KM6.1 arah Utara dari USJ ke Seafield.

Untuk rekod, Smartlane adalah pengaktifan lorong paling kiri di lebuh raya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya.

Inisiatif tersebut juga bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.

PLUS sebelum ini menjangkakan sebanyak 2.1 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu pada 5, 6, 8, 9, 12, 13 dan 14 April ini susulan cuti hari raya, berbanding 1.82 juta pada waktu puncak hari biasa.

Peningkatan pengguna lebuh raya itu juga susulan pemberian kemudahan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) selama dua hari pada 8 dan 9 April ini.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik dengan memuat turun Aplikasi PLUS atau mengikuti akaun X@PLUSTrafik. – 7 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related