HEADLINES

Kampung Orang Asli Selai tak dipinggir, terima bekalan air pelbagai sumber: Jakoa

Menurut Jakoa, kampung itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), jalan primex serta bekalan air dari pelbagai sumber

10:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor menjelaskan Kampung Orang Asli Selai, Bekok Segamat menerima bekalan air pelbagai sumber yang dibangunkan agensi itu.

Menerusi kenyataan hari ini, Jakoa memaklumkan pihaknya sedang menaik taraf bekalan elektrik di sistem rawatan air kampung berkenaan.

Katanya, usaha itu bagi memastikan sistem rawatan air di situ beroperasi dengan baik.

“Kontraktor penyelenggaraan sudah melantik Tok Batin Ahcai menyelia sistem tersebut setiap hari dengan bayaran RM400 setiap bulan.

“Bekalan air tandak sedia ada sudah dibangunkan sendiri penduduk kampung yang diketuai Tok Batin Ahcai bertujuan untuk kegunaan mereka.

“Penduduk terbabit juga menerima bantuan kewangan RM1,000 daripada kontraktor penyelenggaraan sistem rawatan air, bagi membaikpulih sistem tandak tersebut,” katanya.

Kenyataan itu, katanya, bertujuan memperbetulkan tanggapan salah berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok Segamat dipinggirkan Batin Ahcai berkaitan pembaikan air tandak.

Menurutnya, kampung berkenaan mempunyai 64 ketua keluarga dengan jumlah penduduk 226 orang.

Kampung itu, katanya, dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), jalan primex serta bekalan air dari pelbagai sumber.

“Jakoa sentiasa memastikan penduduk Kampung Orang Asli Selai tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan seperti perkampungan Orang Asli Johor lain,” katanya. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related