HEADLINES

Ketegangan Asia Barat: Malaysia, Arab Saudi kerjasama jamin keselamatan jemaah, persiapan haji diteruskan

Setakat ini, Tabung Haji (TH) masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti dirancang

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bekerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah Malaysia terjamin, susulan ketegangan semasa membabitkan hubungan antara Iran dengan Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerjasama itu juga akan membabitkan agensi kerajaan, seperti Wisma Putra serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memantau situasi terkini di Asia Barat susulan serangan balas Iran terhadap Israel semalam.

“Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu, akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan bahawa setakat ini, Tabung Haji (TH) masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti dirancang.

“Semua pihak dimohon terus bertenang, selain sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih,” katanya.

Iran melancarkan serangan ke atas Israel semalam, dengan ia menjadi konflik terbaharu di Asia Barat, selepas kemelut peperangan antara Israel dengan Palestin yang masih berterusan sejak Oktober tahun lalu.

Tindakan Iran itu menyaksikan puluhan dron dan peluru berpandu dilancarkan ke negara berkenaan, sebagai ‘balas dendam’ terhadap serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu yang mengorbankan tujuh Pengawal Revolusi termasuk dua jeneral.

Iran menyatakan bahawa ia tindakan membela diri berdasarkan kepada Piagam 51 PBB.

Setelah serangan berakhir, Perutusan Tetap di PBB mengumumkan bahawa Iran menganggap tindakan mereka terhadap Israel dibenarkan dan ‘dianggap selesai’.

Namun, Iran menegaskan, sekiranya rejim Israel atau sekutunya ‘melakukan sekali lagi kesalahan, tindak balas akan jauh lebih berat’.

Katanya, tindakan balas itu akan terus menyebabkan serangan tidak berpenghujung. – 14 April, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related