HEADLINES

Kes saman McDonald’s Malaysia, BDS Malaysia masih belum selesai

BDS Malaysia mendakwa pihaknya belum bersetuju dengan terma-terma melibatkan kedua-dua pihak

9:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah membabitkan McDonald’s Malaysia dan pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia masih belum selesai dan bakal dibawa ke mahkamah pada 18 April ini.

BDS Malaysia mendakwa, biarpun McDonald’s Malaysia mengumumkan untuk menarik balik saman ke atas pertubuhan itu baru-baru ini, ia belum ditarik sepenuhnya.

Dakwanya, ini kerana BDS Malaysia belum bersetuju dengan terma-terma semasa proses mediasi melibatkan kedua-dua pihak sebelum ini.

“Keputusan (McDonald’s Malaysia) menarik balik saman itu (terhadap BDS Malaysia) belum selesai sepenuhnya kerana kami belum bersetuju dengan terma-terma penarikan tersebut.

“Isu ini akan diselesaikan di mahkamah pada 18 April ini di hadapan hakim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut BDS Malaysia, pada 22 Mac lalu, pihaknya dimaklumkan melalui media bahawa Gerbang Alaf, pengendali McDonald’s Malaysia, memutuskan untuk menarik balik saman terhadap pertubuhan berkenaan.

“Namun ia tidak menggambarkan keadaan sebenar (menarik balik saman) dan pendirian BDS Malaysia mengenainya.

“Tiada perjanjian ketika proses mediasi pertama kerana keengganan Gerbang Alaf memenuhi tuntutan kami bahawa mereka mengutuk jenayah pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza,” dakwanya.

Walau bagaimanapun jelas BDS Malaysia, pihaknya tidak terkejut dengan keputusan menarik balik saman fitnah terhadapnya kerana kes tersebut ‘amat lemah’.

“Kami yakin akan menang jika kes tersebut dibawa ke perbicaraan penuh,” katanya.

Baru-baru ini McDonald’s Malaysia menarik balik saman ke atas BDS Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, ia susulan hasil positif mediasi dan penjelasan yang dibuat BDS dalam kenyataan terkini mereka bahawa McDonald’s di Israel tidak ada kena-mengena dengan McDonald’s Malaysia. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related