HEADLINES

Polis saran KLIA tingkat keselamatan, guna pakai skuter elektrik mudahkan rondaan

Penggunaan skuter elektrik itu sudah lama dirancang dan dipersetujui pembeliannya oleh kerajaan negeri Selangor bagi kegunaan polis

1:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) supaya meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara kaedah penambahbaikan termasuk penggunaan skuter elektrik bagi memudahkan polis bantuan melakukan rondaan di kawasan sekitar.

Menurutnya, penggunaan skuter elektrik itu sudah lama dirancang dan dipersetujui pembeliannya oleh kerajaan negeri Selangor bagi kegunaan polis.

“Kita akan tambah baik dengan gunakan self control scooter (skuter elektrik), rancangan ini sejak awal tahun lagi.

“Kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk kegunaan polis negeri. (Dengan penggunaan skuter elektrik) lebih cepat rondaan, ini kaedah yang polis akan guna pakai,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu Hussein menjelaskan, pihaknya mencadangkan kepada pengurusan lapangan terbang menambah baik kawalan terutama mereka yang membawa mercun atau senjata di kawasan awam.

“Mungkin kita boleh kesan daripada awal,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar lorong berhampiran pintu masuk ke lapangan terbang ditutup kepada orang awam sama ada di bahagian ketibaan atau pelepasan kerana ia dilihat berisiko terhadap aspek keselamatan.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan seorang lelaki di KLIA Terminal 1, awal pagi semalam.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related