HEADLINES

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri

Sharifah Abu Bakar, 69, yang juga penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira itu meninggal dunia di lokasi kejadian

7:22 PM MYT

 

KUANTAN – Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di KM 37 Lingkaran Tengah Utama menghala Lipis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata kejadian kira-kira 6.45 pagi itu menyebabkan Sharifah Abu Bakar, 69, yang juga penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata kereta terbabit dipandu anak lelaki Sharifah dan turut dinaiki menantu serta tiga cucunya.

Keluarga berkenaan, katanya sedang dalam perjalanan balik dari Kampung Labok, Machang, Kelantan ke Puncak Alam, Selangor. 

“Siasatan awal mendapati kereta itu hilang kawalan dan melanggar belakang lori muatan kayu getah yang sedang dalam perjalanan ke sebuah kilang kayu di Padang Tengku, Lipis. 

“Pemandu kereta, isteri dan tiga anaknya telah dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ismail berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related