HEADLINES

Aepul Roza tidak pernah larang isteri menyanyi, ‘ia keputusan Leez sendiri untuk berhenti sementara ketika hamil’

Selepas muncul dengan lagu duet Drama Band bersama Leez Rosli, Aepul turut menghasilkan single solo buat isterinya itu

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza menafikan dia melarang isterinya, Leez Rosli daripada meneruskan kerjanya nyanyian sebaik mereka mendirikan rumahtangga penghujung Disember 2014.

Menurut Aepul kepada Scoop, sebetulnya dia sudah beberapa kali memberikan demo lagu kepada Leez, namun bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim 4 itu tidak bersedia dan tiada mood menyanyi sewaktu sedang hamil anak pertama mereka.

“Saya bukanlah jenis lelaki yang larang isteri menyanyi. Tapi, selepas kahwin, Leez menyatakan hasratnya untuk fokus dengan kehidupannya menjaga anak. Itu adalah kerelaannya sendiri.

“Tapi, segalanya berubah bila dia mengandung dan melahirkan anak kedua pada 2021. Tiba-tiba, datang pula mood dia untuk menyanyi balik.

“Kebetulan ada satu lagu Drama Band yang perlukan penyanyi wanita dan lagu itu pun dah siap. Ia single pertama Drama Band bersama Leez dan tajuknya adalah Sejujurnya. Lagu itu sudah pun berada di pasaran.

“Lagu single solo Leez pun saya dah siapkan. Tinggal nak masuk studio untuk rakamkan suara sahaja,” kata Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaidul Mohd Zainuddin, 36, yang dicungkil bakatnya daripada My Starz LG musim ketiga.

Leez pula berkata, dia sendiri tidak tahu mengapa tidak punya mood untuk menyanyi sewaktu hamil dan melahirkan anak pertama.

“Tapi waktu itu, memang saya rasa malas sangat nak menyanyi. Rasa confident nak menyanyi pun tak ada. Bila hamil anak kedua, baru mood menyanyi datang balik.

“Itu yang tiba-tiba rekod lagu dengan Drama Brand. Lagu duet pula tu. Lama dah tak muncul atas pentas. Dah bertahun dah. Rasa lain pula. Mengenai perancangan untuk muncul dengan single solo, kalau boleh saya tak mahu lakukannya terburu-buru.

“Jadi, biarlah Aepul lepaskan dulu lagu penyanyi lain yang dia buat sebelum ini. Saya hanya akan muncul dengan single solo saya pada waktu benar-benar sesuai,” katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri, Leez berkata, walaupun ‘brick orange’ (oren bata) menjadi warna tema baju pilihan kebanyakan orang pada hari raya kali ini, dia tidak gemar mengikut trend begitu.

“Setiap tahun, saya yang memilih warna tema baju hari raya kami sekeluarga dan kali ini, hitam menjadi pilihan kami,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini, mereka sekeluarga beraya bersama keluarga Aepul, iaitu di kampung ibunya di Bangi pada raya pertama dan di kampung bapanya di Kuala Lipis pada hari raya kedua.

“Memang puaslah dia makan rendang ayam dimasak ibunya. Kalau di sebelah keluarga saya pula, kami akan pulang beraya di Kuching, Sarawak.

“Raya di sana (Kuching) meriah kerana selama seminggu pun, semua umat Islam akan mengenakan baju Melayu atau baju kurung dari pagi hingga ke malam,” katanya. – 16 April, 2024

Topics

 

Popular

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related