HEADLINES

Awan debu dari letusan gunung berapi Ruang bergerak menuju ke FIR Kota Kinabalu

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Awan debu yang terbentuk kesan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia bergerak menuju ke Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu dan boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat di ruang udara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, syarikat penerbangan dan pengendali pesawat disarankan untuk memantau secara berterusan perkembangan meteorologi, notis serta maklumat berkaitan debu gunung berapi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Malah katanya, orang ramai yang terlibat bagi penerbangan melibatkan kawasan berkenaan juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat dikeluarkan mengenai perkembangan letusan gunung berapi dan status terkini jadual penerbangan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan.

Ia susulan Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan melibatkan laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Sabah-Sarawak hari ini susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan ancaman tsunami selepas gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih satu kilometer ke udara, malam kelmarin.

Menurut Agensi Vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat letusan lain semalam.

Sementara itu, Norazman berkata, CAAM turut mengeluarkan Maklumat Keselamatan berkenaan Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi di Sulawesi Utara, Indonesia yang memberi impak kepada operasi penerbangan di FIR Kota Kinabalu.

Katanya, Maklumat Keselamatan tersebut dikeluarkan ekoran letusan Gunung Ruang pada jam 9.45 pagi, kelmarin. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Bersih warns against the weaponisation of MACC in political investigations

Coalition urges reforms and stronger oversight to protect the integrity of the commission

Fahmi Fadzil takes Papagomo, Ahmad Dusuki and Mohd Fauzan to court for alleged defamation

Minister seeks justice after three-year wait following false allegations of political campaigning in a mosque

Related